Jenis Roti yang Ada di Dunia
- mummysbread
- Dec 9, 2017
- 2 min read
Hai semua :) Hari ni Mummy's Bread nak share tentang jenis-jenis roti yang agak popular di dunia. Korang tahu makan roti Gardenia tuh je. Sebenarnya banyak lagi roti yang sedap dan berkhasiat di dunia ini. Jom kita tengok!
1. French Bread

Bentuk yang panjang dan tekstur keras.Roti French sangat berkualiti kerana bila dibakar, ia menghasilkan tekstur agak pecah atau retak.Orang di Eropah memilih untuk menggunakan roti ini untuk sarapan.
2. Roti Baguette

Roti Baguette ni lebih kurang macam roti French tapi versi besar. Teksturnya juga keras tapi panjangnya mencecah 60cm dan permukaanya biasanya berbelah. Rasa dia tawar je! Biasanya, orang beli roti Baguette ni bila nak buat sandwic atau garlic bread.
3. Foccacia

Roti Foccacia ini berasal dari Itali. Bentuknya lebar dan tebal macam bantal. Teksturnya pulak lembut, agak padat dan sangat mengenyangkan kalau dibuat sandwic. Selepas dibakar dan sebelum dihidang, permukaan roti Foccacia ditabur tepung supaya nampak menyelerakan!
4. Rye Bread

Bentuk roti Rye sama macam roti French. Tapi, ia diperbuat dari tepung rye, seakan gandum. Warnanya coklat tua kerana kandungan rye. Teksturnya juga keras seperti roti French.
5. Multigrain

Kalau roti Multigrain ramai yang suka sebab ia lembut dan berkhasiat. Bentuknya segi empat seperti roti tawar biasa, tapi jangan main-main dengan khasiatnya tau! Sama seperti roti Rye, Multigrain juga termasuk di dalam jenis roti gandum yang kaya serat. Ia berwarna coklat dan kalau korang perasan, kelihatan gandum di setiap hirisannya.
6. Bridge Roll

Jenis roti ni paling digemari orang Indonesia dan ia juga biasa dipanggil soft roll. Bentuknya panjang, padat dan mempunyai tekstur lembut. Ia dibuat dari tepung gandum, berwarna putih dan rasanya tawar.
7. Croissant

Uniknya roti ni sebab bahagian dalamnya ada lapisan melingkar. Ada yang kata, penggunaan butter yang berkualiti dan bertepatan memastikan lingkaran di dalam tu nampak cantik!
. Kulit dan bahagian dalamnya tak padat sangat, membuatkan permukaan roti mudah retak kalau ditekan.
sumber:KasiGegar
留言